skbalikpulau.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU
SK Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang, 11000 Pulau, Pulau Pinang.
Tel : 04-8660682, Faks : 04-8667709
e-mel : skbalikpulau@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | LOGO SEKOLAH | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |

Sejarah dan Latar Belakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau telah siap dibina pada tahun 2002 di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar pendidikan negara yang bertujuan melahirkan golongan cendekiawan yang bakal mewarisi negara.
       
        Pada 1 Julai 2002, kumpulan pertama pelajar seramai 157 orang terdiri dari beberapa buah sekolah berhampiran telah dipindahkan ke sini. Pada awal pembukaannya, pelajar-pelajar yang dipindahkan adalah pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3. Pada masa itu, pengurusan sekolah dikendalikan oleh En. Rahmat b. Jahari selaku penyelaras dengan dibantu oleh 11 orang guru.

        Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 1 Ogos 2002, Tn. Hj. Shaharani b. Hj. Saidin, Guru Besar SK Titi Teras  melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau.

        Sebagai sebuah sekolah yang baru, SK Balik Pulau dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana yang mencukupi bagi mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan selesa. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ialah seperti dewan perpustakaan berhawa dingin, bilik tayangan,  makmal komputer, dewan serba guna, sukan dan riadah, ibadah, bimbingan dan khidmat kaunseling dan seumpamanya. 

        Selain daripada itu, SK Balik Pulau juga menitik beratkan perkembangan murid-muridnya secara menyeluruh. Pelbagai kegiatan ko-kurikulum disediakan, antaranya seperti, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Puteri Islam. Permainan bola sepak, bola baling dan bola jaring serta Persatuan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan Persatuan agama Islam.  


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: